≡ Menu

Pusat Komersial: Lagi Kes Hilang Motor

Assalamualaikum. Belum lagi reda marah gua dengan pencuri lahabau LC kesayangan gua, hari ini gua dengar lagi dua kes kecurian di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam. Taktau apa perkataan yang sesuai nak menggambarkan penyangak lahabau ni. Bahasa kasarnya, masa kecik takmau belajar sungguh sungguh, bila dah besar nak menyusahkan orang. Lepastu suka suka curi harta benda orang.

Kadang kadang nak salahkan puak lahabau ni pun tak boleh jugak sebab depa ni pandai jugak ambik kesempatan atas kecuaian kita. Tak dinafikan, pada malam kejadian gua sikit alpa. Akibatnya, LC kesayangan tu dah jadi milik orang. Mungkin sekarang dah jadi bangkai dalam Sungai Klang.

Gua ucapkan takziah kepada rakan gua yang dikhabarkan kehilangan motor pada tengahari semalam. Juga takziah kepada rakan kepada rakan yang hilang pada minggu lepas. Baik jugak jadi benda-benda ni, kita akan jadi lebih berhati-hati lepas ni. Kalau tak sedar jugak taktau la.

Jadi, sini gua kongsi satu tips apa nak buat selepas tau motor kesayangan anda dibawa lari.

  1. Jangan menggelabah. Call housemate/roomate untuk komfirm yang dia tak naik atau bukan kes prank.
  2. Call orang insuran yang isu insuran motorsikal anda. Atau check surat insuran (dipanggil polisi insuran dan beberapa nama lain). Pastikan anda melanggan Comprehensive dan bukannya Third Party. Jika Comprehensive, anda masih berpeluang untuk claim insuran. Lepas habuan nak bayar muka motor baru. Kalau Third Party, lupakan hasrat dan teruskan bersedih.
  3. Part ni paling penting dan tricky. Pergi balai polis dan buat report atas kehilangan motorsikal anda. Kalau di step nombor dua anda dah lulus, kat sini kena pertahankan yang anda tidak cuai semasa parking motorsikal anda, seperti motorsikal dikunci dengan kunci tambahan dan pedal ayam yang hebat. Jika tidak, pihak insuran tidak akan mempertimbangkan permohonan anda dan sia sia anda membayar insuran yang mahal.

Akhir kata, jagalah keselamatan motorsikal anda. Kepada penduduk Pusat Komersial, anda sedang diperhatikan. Teruskan berhati hati. Hiduplah secara berkomuniti dan jangan pentingkan diri sendiri. Polis cuma tiga orang, tak mampu nak kontrol 1,000 orang di situ.

P/S: Entri ini ditulis dengan kata ganti diri ‘gua’ sebagai ekspresi geram kepada pencuri motorsikal di luar sana.

Other articles you might like;

10 comments… add one
  • rockinsudu January 16, 2011, 9:46 pm

    skang neyh mmg pantang cuai je. ade je org smbar. membe aku parking rxz betul2 dpn rumah. sok bngun dah hilang. sedey je baru 3 bulan kua kot.

    • Adam Roslan January 19, 2011, 1:38 am

      Itulah. Sama sama kita berhati hati. Bahaya benar.

  • Syed Ikhwan January 17, 2011, 11:25 am

    pusat komersial shah alam tu, seksyen 7 erk?
    Entri terkini Syed Ikhwan: Kerja kosong bagi mereka berminatMy Profile

    • Adam Roslan January 19, 2011, 1:39 am

      Ya Tuan SI. Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam. Sekarang dah sesak dengan umat manusia dah.

  • Aizul January 20, 2011, 3:35 am

    Kalau parking motor kat sana memang kena pakai lebih dari satu lock sebenarnya. Jangankan kes motor, kes pecah rumah,helmet kena cilok, laptop kena sambar pun tinggi juga. Kesimpulannya? berjaga-jagalah di Pusat Komersial seksyen 7.
    Entri terkini Aizul: Adli Dan Binatang PeliharaannyaMy Profile

    • Adam Roslan January 20, 2011, 11:57 am

      Sekarang tengok Polis dah mula buat pondok pengawal. Harap dengan wujudnya pondok pondok ini di sekitar Seksyen 7 akan mengurangkan kes-kes kecurian ni.

  • yas January 22, 2011, 3:30 am

    waaa panas gak kat sek 7 tu yee…..

    p/s: wa penah hilang TZM (dulu) kat depan umah sek 18,gara2 kwn yg last masuk x kunci pagar…..Last2 timbul surat saman kat traffic KL sbb parking….siot tul laaa…jenuh kene gi KL nak settlekan mende nih.
    Entri terkini yas: Permainan masa kecikMy Profile

  • akakcomey January 22, 2011, 6:08 am

    Selalu saja berlaku kecurian
    Entri terkini akakcomey: Trans-Borneo Day 11 Tiket Feri di Pulau LabuanMy Profile

  • syu January 3, 2012, 10:24 am

    kat area mane ehh umah tu? sy duk komersial gak. area kamal corner n bawak motor gak. risau gak. slalu siang2 kunci tambahan 2, malam tambah satu lg kunci tambahan. tak kisah pun org tgk gelak2 sbb syg giler kat motor tuuu… :)

  • fahmi May 17, 2012, 3:59 pm

    assalamualaikum..

    mmg sedih ak dgr berita moto ko hilang bro…mmg skrg moto lc nie moto panas….tp mmg lahabau la saper yg amik. tp nak buat mcm mana kan dah hilang…kalo dpt pencurik tue kasi lumat dulu la bru hantar polis..geram aku dgr kalo ader kes moto hilang.

    p/s: aku pon bru seminggu hilang moto yamaha lc aku.depan rumah jer…alahai sedih mengalahkan orng putus cinta…adehh

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: