≡ Menu

(GAMBAR) Percutian Mewah dengan Limo Terpanjang di Malaysia

Natasya Resort Cameron Highlands
Natasya Resort Cameron Highland
bukan saja mempunyai sebuah resort yang hebat di Cameron Highlands. Mereka juga menawarkan pakej percutian VVIP dengan menaiki Limosin terpanjang di Malaysia ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Limosin mewah model Chrysler 300 Limo sepanjang 8 meter (27 kaki) ini akan membawa anda menyelusuri Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur. Setibanya di Pulau Pinang, anda akan dibawa menaiki kapal layar persendirian model Sunnav The Gladiator 39-HT Sophisticated Yachts ke Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Songsang sebelum ke Pulau Langkawi.

Percutian Mewah dengan Limo Terpanjang di Malaysia

Membayangkan kemewahan sepanjang percutian selama 2 hari 1 malam ini, kumpulan yang terdiri daripada empat orang perlu membayar RM 16,000.00 untuk percutian hebat ini.

Selain daripada pakej percutian berkembar, para pelanggan juga boleh memilih untuk menyewa kapal layar peribadi sepanjang 41 kaki ini untuk bersiar-siar di Pulau Pinang dengan harga RM9,000.00. Mereka juga menawarkan sewaan Limo ini untuk pakej  perkahwinan bermula RM5,000.00.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana percutian dan pengalaman menaiki Limo dan kapal layar seperti ini akan memberi kepuasan kepada pelanggan. Klik laman web Natasya Resort untuk pakej dan kadar sewaan.

Kredit Gambar: Natasya Resort Cameron Highlands

Other articles you might like;

10 comments… add one
  • Sabahan Bloggers Club May 25, 2011, 9:07 pm

    Salam.
    Mana tahu dapat naik keta ni free satu hari nanti kan? best ni…. :)
    Entri terkini Sabahan Bloggers Club: Innity advertising NetworkMy Profile

  • SyafzMagz May 26, 2011, 6:19 am

    biar betik?? sewa kapal layar dah macam gaji tiga bulan… putus harapan nak try naik kapal layar…naik perayu layar je la… hmmm :(
    Entri terkini SyafzMagz: Tonton TV dan Saluran Astro Percuma di FacebookMy Profile

    • Adam Roslan May 26, 2011, 1:15 pm

      Haha. Kena kerja lagi hebat kalau nak merasa naik kapal layar. Good luck Bro!

  • chii May 26, 2011, 10:14 am

    pergh..kalo chii..dok dlm limo tu je pun..da cukup..xyah kuar2 da..eheh

    • Adam Roslan May 26, 2011, 1:15 pm

      Haha. Mana boleh duduk lama-lama, dua hari saja duduk sana ;)

  • MEKAR May 27, 2011, 12:53 am

    Kalau ada kemampuan, tak salah kita utk berlibur dan menennagkan diri di sini.

    psst: rasa sya, natasya resort ni pemiliknya mentua si jimmy shanley tu kan? bijak bisnes diorg nih
    Entri terkini MEKAR: Remeh-temeh tentang Solat part 1My Profile

    • Adam Roslan May 27, 2011, 11:11 am

      Betul. Kalau dah ada duit lebih tu, boleh kalau nak mencuba.

      Natasya ni dia buat produk kecantikan. Selepas tu dia bukak resort di Cameron Highlands. Saya pun tak pasti. Saya boleh buat research pasal Jimmy Shanley lepas ni ;)

  • nizamghazi May 27, 2011, 11:07 am

    Teringin sgt nak naik Limo,
    ni asik naik kete kecik je.. dah lah sempit ;p

    • Adam Roslan May 27, 2011, 11:10 am

      Haha. Ada duit boleh naik. Merc pun tak pernah naik lagi. Tinggal harapan saja.

  • Ira May 27, 2011, 4:32 pm

    bestnya!!
    rasanya mmg milik mertua jimmy shanley..
    kan diorang mcm nak serahkan businness ni kat jimmy..
    if im not mistaken..:)
    Entri terkini Ira: Happy Holiday Dear! My Profile

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3