≡ Menu

43,600 Carian Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara di Google

43,600 Carian Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara di Google Hari IniSelepas kumpulan penggodam Gaysec mendedahkan identiti sebenar pengguna Facebook yang menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara, ramai penulis blog di Malaysia menulis tentang berita tersebut. Gaysec dalam #OpsRamadhan akhirnya berjaya mendedahkan nama sebenar disebalik nama samaran Makcik Hajjah Sitt al-Wuzara yang sebelum ini dihebohkan menyebarkan fahaman murtad di Malaysia dan Singapura iaitu Nor Arlene Tan Khalid dengan nombor kad pengenalan 850626146572.

Hebat betul research yang dibuat oleh Gaysec. Dari nama penuh, nombor telefon dan sekali nombor kad pengenalan berjaya dicari. Inilah semangat yang perlu ada dan perlu dicontohi oleh blogger. Dalam setiap kali membuat tulisan, pastikan tulisan anda disokong dengan bukti dan hujah yang kukuh dan bukan sekadar copy daripada blog orang lain atau blog barat dan jadikan entri tersebut sebagai tulisan anda.

Blogger yang tahu tentang etika penulisan blog pasti sedar tentang perkara ini — artikel yang ditulis mestilah tidak boleh diragui kesahihannya. Penyebaran cerita palsu tentang produk Starbucks Coffee mengandungi arak, produk kosmetik SimplySiti mengandungi bulu babi dan cerita lain mestilah diselidiki terbelih dahulu agar tidak mendatangkan kesusahan kepada kita pada masa akan datang. Jangan kerana terlalu mengejar sensationalis, kita ketepikan etika penulisan. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangan. Kita kena ingat bahawa golongan blogger juga mempunyai kelasnya yang tersendiri dan jangan sekali kali kerana mencari publisiti (walaupun bukan dengan niat) kita mencalarkan reputasi kita sebagai seorang blogger.

TERKINI: Seorang rakan Nor Arlene Tan Khalid, Kemnrocky terkejut apabila mendapati Nor Arlene didakwa dalang disebalik Makcik Hajjah tersebut dan menafikannya. Menurutnya lagi, Nor Arlene telah membuat laporan polis berhubung perkara ini.

Saya di sini sekadar berniat untuk menegur diri sendiri dan rakan blogger yang lain. Jadilah blogger beretika.

P/s – Dapatkan berita selanjutnya tentang pembongkaran di blog Denaihati dan Liza Razak.

Other articles you might like;

11 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3