≡ Menu

Lebih Untung Beli Emas dengan Powergold?

Baru baru ni seorang sahabat lama Whatsapp berkongsi tentang kebaikan pelaburan emas. Memandangkan aku dah lama terjebak dengan pelaburan emas secara kecil-kecilan, aku pun berminat. Powergold ni lebih kepada program membership dimana anda akan mendapat harga ahli yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Banyak kelebihan yang diceritakan tentang menjadi ahli Powergold atau Powergold2u ni, antaranya dapat harga emas pada bawah harga pasaran, dapat ilmu pelaburan emas tanpa ke kelas, dapat beli barang kemas tanpa kos upah, dapat bonus belian balik dan sebagainya.

Perbezaan Harga Powergold dan Public Gold

Semasa posting ini ditulis, harga emas bagi satu gram emas tulen 999.9 ialah RM181 dan ahli Powergold layak dapat pada harga lebih rendah iaitu RM161. Kalau dibandingkan dengan laman web Public Gold, harga bagi 1 gram bar emas 999.9 ialah RM141 dengan Program Akumulatif Emas. Untuk 1 Dinar emas, harga di PG ialah RM617 dan harga di Powergold ialah RM709 dan RM679 untuk ahli.

Harga Emas Powergold

Saya yakin harga yang ditawarkan oleh Powergold adalah termasuk komisen kepada upline kerana mereka menawarkan menjadi ahli dengan bayaran RM456. Harga untuk jadi ahli adalah harga untuk 3 keping 1 gram bar emas di Public Gold. Apa kata anda seorang pelabur emas?

 

Other articles you might like;

3 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3