≡ Menu

Cara Betul Melabur Unit Trust di Public Mutual

Cara Betul Melabur Unit Trust di Public Mutual

Selain simpan duit di bank, ada banyak lagi tempat simpanan yang beri pulangan yang tinggi, bergantung kepada tempoh wang tersebut disimpan. Umum tahu bahawa duit yang disimpan di bank memberi pulangan sekitar 3% setahun. Bagi mereka yang mengkaji bagaimana untuk menggandakan wang, mereka akan menyimpan dan melaburkan wang mereka ke suatu tabungan yang menawarkan sehingga 15% dividen setiap tahun.

Antara pelaburan yang sah, yang menjadi kegilaan ialah Amanah Saham Bumiputra atau ASB yang mana dividennya boleh mencecah 5 hingga 8%. Oleh sebab itu, ramai yang sanggup buat pinjaman untuk mendapat dividen dengan kadar yang cepat, contohnya RM50,000 akan memberi pulangan RM3,000 setahun. Orang ramai tidak kisah untuk membuat pinjaman, dengan bayaran RM300 sebulan untuk mendapat RM3,000 setahun dan lebih RM50,000 untuk 25 tahun. Untuk rekod, Tabung Haji menawarkan dividen lebih 4% termasuk potongan zakat.

Ada satu lagi cara pelaburang yang jarang-jarang orang biasa ambil kisah, iaitu unit amanah, yang mampu mencecah 10 hingga 15% dividen. Jumlah dividen ini bergantung kepada tempoh simpanan dan dimana wang anda dilaburkan. Di Malaysia, terdapat dua bank yang memperkenalkan amanah saham atau unit trust ini, iaitu Public Bank dan CIMB Bank.

Public Mutual adalah produk Public Bank manakala CIMB Wealth Advisors (CWA) adalah produk CIMB Bank. Kedua-dua produk ini menawarkan peluang pulangan yang tinggi. Bezanya Public Mutual mempunyai pelauran patuh syariah yang lebih banyak.

Bagaimana melabur dalam unit trust?

Baru-baru ini, rakan saya berkongsi cara untuk melabur dalam unit trust. Sama seperti anda melabur untuk ASB.

1. Gunakan duit dari Akaun 1 KWSP. Namun, tidak semua duit di KWSP boleh digunakan. Pelabur hanya boleh gunakan 20% daripada baki jumlah simpanan dan simpanan asas. Contoh kira-kiranya seperti di bawah.

Andaikan anda seorang pekerja berumur 22 tahun, jumlah yang boleh digunakan untuk pelaburan unit trust ialah,

Jumlah simpanan di Akaun 1 RM15,000
Simpanan Asas di Akaun Satu untuk 22 tahun RM7,000
Baki RM8,000
Jumlah boleh dilabur (20% x RM8,000) RM 1,600

* Simpanan asas adalah berbeza mengikut umur.

2. Buat pelaburan RM100 sebulan. Disiplinkan diri untuk simpan RM100 ke dalam akaun unit trust anda selama 10 tahun, dengan pulangan 10%; anda akan dapat RM20,655. Untuk 20 tahun, pulangan 10% ialah RM76,570.

3. Buat pelaburan RM10,000 sekaligus. Dengan pulangan 10% setahun, pelabur diramal mendapatpulangan RM25,937 atau RM96,463 untuk 20 tahun.

Sementara masih belum banyak komitmen, ayuh pelbagaikan medium pelaburan. Kalau dah ada ASB, boleh juga laburkan di unit trust ni. Apa kata anda?

Other articles you might like;

2 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3