Author: Adam Roslan

  • RM30: Graf Kenaikan Dirham

    RM30: Graf Kenaikan Dirham

    Pada entri Jom Beli Dirham lepas, saya ada terangkan tentang kenapa perlunya menukarkan wang kertas kepada emas atau perak. Hari ini saya nak kongsikan graf kenaikan Dirham (Perak) yang saya simpan pada 14 April yang lepas.

    Graf Kenaikan Dirham

    Graf menunjukkan sehingga 28 April, harga Dirham kekal sebanyak RM30 selama enam hari sejak 21 April. Kenaikan sebanyak RM3 semasa dibeli pada 14 April lepas dengan harga RM27.

    (more…)

  • MC223 4C di Sinar Harian!

    MC223 4C di Sinar Harian!

    Program ini bermula pada hari Sabtu dan berakhir Selasa. Beberapa penyanyi dijemput menyerikan majlis, di samping beberapa selingan aktiviti diselitkan. Segala persiapan dijalankan beberapa bulan yang lalu, dan kini, hasilnya ditampilkan. Tujuannya cuma satu, untuk mendapatkan pengalaman bekerja sebenar di samping memperoleh markah untuk lulus dalam pelajaran yang diambil.

    Empat kumpulan yang terdiri dari 44 mahasiswa kursus Penyiaran Fakulti Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibahagikan dan empat dilantik sebagai produser mengetuai krew produksi masing-masing. Segala perancangan dibuat dengan teliti supaya program diketengahkan berjalan lancar.
    (more…)

  • Jom Beli Dirham!

    Jom Beli Dirham!

    Dinar Kelantan

    Ini adalah entri pengenalan tentang Dirham. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Dinar dan Dirham, anda boleh baca di laman web rasmi World Islamic Mint, di sini.

    A chicken at the time of the Prophet, salla’llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.

    In 1,400 years inflation is zero. Could we say the same about the dollar or any other paper currency in the last 25 years?

    In the long term the bimetallic currency has proved to be the most stable currency the world has ever seen. It has survived, despite all the attempts by governments to transform it into a symbolic currency by imposing a nominal value different from its weight.

    Jadual di bawah menunjukkan kenaikkan nilai Dirham dalam sebulan dimana harga paling tinggi sehingga hari ini ialah RM 27 dan paling rendah ialah RM 23 pada 15 Mac 2011. Jika anda beli pada 25 Mac bulan lepas, bermakna anda telah pun untung RM4 untuk bulan ini. Kira-kira mudah ini sebenarnya menguntungkan walaupun tidak sebesar nilai keuntungan harga emas.

    (more…)

  • Penuntut UiTM dekati masyarakat Batek

    Seramai 86 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam menjayakan Program Kembara 1Malaysia bagi mendekati masyarakat Melayu dan Orang Asli Batek di Hulu Tembeling dekat sini, baru-baru ini. Dalam program tiga hari dua malam itu, penuntut terbabit berkampung di Dedari, Taman Negara Kuala Tahan dekat sini.

    Projek anjuran bersama syarikat pelancongan Lubuk Bangkung Sdn. Bhd. dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM itu melibatkan pelbagai kegiatan amal, persembahan kebudayaan dan permainan tradisional. Penyelaras projek, Dzulkarnain Mazlan berkata, program itu memberi peluang kepada pelajar UiTM menyelami kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu Hulu Tembeling dan Orang Asli Batek.

    (more…)