Author: Adam Roslan

  • (TAHNIAH) Salma Juara Mentor 5

    (TAHNIAH) Salma Juara Mentor 5

    Salma Juara Mentor Musim ke 5

    Hai. Diumumkan bahawa Salma adalah juara Mentor musim ke 5. Sekian.

  • Minuman Barbican Haram!

    Minuman Barbican Haram!

    Minuman Barbican Haram

    Bernama hari ini melaporkan bahawa sejenis minuman bir yang didakwa halal (tidak disebut jenama – sumber sahih menyatakan jenama Barbican) adalah haram kerana mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak. Selepas ujian makmal oleh pihak berkuasa mendapati kandungan alkohol adalah sebanyak 0.5, dan memabukkan.

    Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hanya 0.01 peratus kandungan alkohol dibenarkan dalam makanan dan minuman kerana ia terhasil secara semulajadi.

    Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

    (more…)

  • Barcelona juara Liga Juara-Juara Eropah

    Barcelona juara Liga Juara-Juara Eropah

    Barcelona Juara

    Barcelona menjulang trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas menumpaskan Manchester United 3-1 pada final di Stadium Wembley, sebentar tadi.

    Gol kemenangan Barca diperoleh menerusi David Villa pada minit ke-69 dan penyerang Argentina, Lionel Messi pada minit ke-54 selepas kedudukan terikat 1-1 tamat separuh pertama.

    Barca mendahului pada minit ke-27 menerusi Pedro Rodriguez sebelum Wyane Rooney menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian. Messi turut dinobatkan Pemain Terbaik pada perlawanan final itu.

    (more…)

  • (GAMBAR) Malaysian Rally Championship Round 2 Perlis Leg 1

    (GAMBAR) Malaysian Rally Championship Round 2 Perlis Leg 1

    Malaysian Rally Championship 2011 Round 2 Perlis

    Cody Crocker daripada Pennzoil GSR hari ini berjaya mengungguli hari pertama Kejohanan Rali Malaysia 2011 Pusingan Kedua di Ladang Tebu Chuping, Perlis dengan 38 minit 48 saat, meninggalkan Karamjit Singh yang memandu Mitsubishi Evo dengan 12 saat bersama pemandu Jepun, Katsu Taguchi yang juga memandu Mitsubishi Evo.

    Cody Crocker, pelumba nombor satu di Australia memandu Subaru Impreza berjaya menghampiri pemandu tempat pertama keseluruhan, Muhammad Rafiq Udhaya yang ketinggalan empat minit di belakang.

    Esok, kesemua 26 buah kereta akan berentap dalam cabaran litar tanah merah ini bagi mencari juara pusingan kedua.

    (more…)

  • (REVIEW) Maharaja Lawak Minggu 9 – Jambu Terbaik!

    (REVIEW) Maharaja Lawak Minggu 9 – Jambu Terbaik!

    Sepah Maharaja Lawak, Nabil Maharaja Lawak, R2 Maharaja Lawak, Jozan Maharaja Lawak

    Selepas sembilan minggu ke udara, hari ini dicanangkan sebagai minggu terakhir Maharaja Lawak sebelum ke Final Maharaja Lawak pada minggu hadapan. Tetapi ada kejutan sebelum akhir rancangan dimana Maharaja Lawak akan dilanjutkan lagi tiga minggu di Road Tour Maharaja Lawak di Pulau Pinang, Kuantan dan Johor Baharu.

    Minggu ini peserta di tugaskan untuk membuat persembahan bersama pelawak professional tanah air bagi menghangatkan lagi persembahan mereka. Berikut adalah komen saya bagi setiap persembahan.

    (more…)

  • 10 Undang-undang Aneh di Dunia

    10 Undang-undang Aneh di Dunia

    10 Undang-undang Aneh di Dunia

    Ada diantara kita yang pernah dengar tentang 10 Undang-Undang Aneh di Dunia. Walaupun tidak terima dek akal, namun undang-undang ini termaktub dalam perundangan sesebuah negara kerana sebab-sebab yang tertentu seperti perbezaan budaya, untuk menjaga kebersihan dan ketenteraman penduduk setempat dan mungkin untuk menjaga sensitiviti pihak tertentu. Berikut disenaraikan 10 tempat dengan undang-undang aneh yang diperkenalkan.

    Singapura

    Bagi menjaga kebersihan di jalan-jalan utama di kotaraya Singapura, pihak berkuasa Singapura pada tahun 1992 melarang gula-gula getah dijual (dan diimport) dan dikunyah di kotaraya tersebut. Tetapi, gula-gula getah yang mempunyai nilai nilai terapeutik (penyembuhan) dibenarkan.

    Eraclea, Italy

    Pelancong yang ke Eraclea yang terletak berhampiran Venice sama sekali dilarang untuk membina istana pasir kerana dipercayai menghalang laluan pejalan kaki yang bersiar-siar di tepian pantai dan aktiviti ini merupakan satu kesalahan di Itali.

    Amsterdam, Netherlands

    Merokok di tempat awam seperti cafe dan kaki lima adalah dilarang tetapi menghisap ganja adalah dibenarkan.

    (more…)