Author: Adam Roslan

  • Kementerian Pelancongan belanja RM1.8 juta untuk laman Facebook

    Kementerian Pelancongan belanja RM1.8 juta untuk laman Facebook

    Kementerian belanja RM1.8 juta untuk laman Facebook

    Laporan Malaysiakini hari ini menyelar tindakan Kementerian Pelancongan Malaysia apabila mereka membelanjakan RM1.8 juta bagi mengendalikan sebuah laman Facebook untuk kementerian terbabit. Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

    Tambah beliau, kerajaan boleh mendapatkan khidmat nasihat secara percuma daripada pelbagai pihak termasuk ahli parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kerana masing-masing mempunyai akaun Facebook dan Twitter yang aktif sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat.

    Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

    Pendapat Loke dipersetujui Khairy Jamaluddin (Rembau) bahawa peruntukan RM 1.8 juta adalah satu pembaziran dan tidak setimpal dengan promosi yang dilakukan oleh syarikat terbabit kerana cuma 21,587 peminat menyertai laman itu.

    (more…)

  • No Plat Gagasan 1 Malaysia (G1M)

    No Plat Gagasan 1 Malaysia (G1M)

    No Plat Gagasam 1Malaysia (G1M)

    Kelab  Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) menawarkan nombor plat kenderaan G1M1-2000 kepada rakyat Malaysia yang berminat sebagai satu usaha untuk mendapatkan penaja untuk Projek 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai atau lebih dikenali sebagai “7 Summit’s Expedition” merupakan cabaran pendakian ke 7 puncak tertinggi di setiap benua dan hasil jualan akan diguna mengisi dana Yayasan Kebajikan Atlet Negara, Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia dan Yayasan Basmi Kemiskinan.

    Nombor G1M 1 ditawarkan dengan harga minimum bidaan RM1 juta. Nombor G1M 2 hingga G1M 10 dibuka pada harga antara RM75,000 hingga RM250,000 dan nombor G1M yang lain boleh dimiliki antara harga RM1,500 hingga RM25,000. (more…)

  • Kenduri Ayam Golek

    Kenduri Ayam Golek

    Harini dah mula sesi persekolahan maksudnya musim kenduri kahwin pun dah tamat. Tapi kenangan semasa musim kenduri mesti tak dapat dilupakan oleh sesetengah pihak. Manakan tidak, dah bertukar status.

    Antara banyak banyak kenduri yang saya pergi, tak kira di Perlis atau di Klang, kenduri ini yang paling special. Jemputan dihidangkan dengan nasi dan ayam golek. Kalau di Perlis dipanggil ayam golek, sebab ayam dibakar/panggang dengan cara menggolek ayam di atas bara api. Berbeza dengan ayam bakar atau ayam panggang yang tidak digolek. Biasanya seekor ayam akan digolek atas bara dan rempah ratus akan diletakkan di dalam rangka ayam tersebut. Terbaik!
    (more…)

  • Malam Gala dan Karnival SimplySiti Datuk Siti Nurhaliza 9 Julai ini

    Malam Gala dan Karnival SimplySiti Datuk Siti Nurhaliza 9 Julai ini

    Malam Gala dan Karnival SimplySiti Datuk Siti Nurhaliza

    Kepada peminat Datuk Siti Nurhaliza, saya fikir mereka tidak akan melepaskan peluang bersama menonton Malam Gala Datuk Siti Nurhaliza yang akan berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam pada 9 Julai 2011 ini. Selain daripada Datuk Siti Nurhaliza, turut menjayakan Malam Gala SimplySiti ialah Aizat Amdan, Amy Search dan Ana Raffali.

    Untuk mendapatkan tiket ke Malam Gala SimplySiti ini, pengguna produk Simplysiti berpeluang untuk mendapatkan tiket-tiket percuma ke Malam Gala SimplySiti dengan pembelian RM75 ke atas produk SimplySiti di 10 cawangan terpilih di sepanjang bulan Jun ini (sementara masih ada):

    • Watsons’ Mid Valley, KLCC, Alamanda, Sg Wang, SACC Mall,
    • Guardian Ulu Klang 2, Jln Raja Alang, Giant Kelana Jaya, dan Giant Prima Saujana.
    • SOGO Kuala Lumpur

    (more…)

  • Terengganu Juara Piala FA 2011

    Piala FA 2011: Terengganu lawan Kelantan

    Terengganu hari ini membuktikan bahawa kiraan awal bahawa Kelantan bakal menjuarai Piala FA 2011 adalah palsu kerana mereka berjaya menewaskan Kelantan dalam Perlawanan Akhir Piala FA 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan 2-1.

    Perlawanan berlanjutan sehingga masa tambahan selepas Daudsu Jamaluddin menghadiahkan gol kepada Terengganu pada minit ke-98 selepas tertanduk lantunan hasil percubaan Abdul Manaf Mamat.

    Gol kemenangan Terengganu dijaringkan oleh Nordin Alias pada minit ke-109. Terdahulu, Kelantan mendahului pada minit ke-79 oleh Nurul Azwan Roya.

    LIVE UPDATE PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011 di sini.