Author: Adam Roslan

  • Baki Hot Tiket Hotlink Lupus Selepas 7 Hari

    Baki Hot Tiket Hotlink Lupus Selepas 7 Hari

    Hotlink Plans

    Selepas berkuat kuasa terma baru cas SMS untuk pengguna Hotlink Youth Club pada 8 Jun lepas, hari ini saya terima satu lagi SMS daripada Hotlink tentang baki Hot Tiket yang tidak digunakan.

    Bermula 15 Jun 2011, baki minit dan SMS Hot Tiket yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan dengan pengaktifan Hot Tiket yang seterusnya dalam 7 hari sahaja.

    Dalam bahasa ringkasnya, baki minit dan SMS yang tidak digunakan akan dilupuskan selepas tidak diaktifkan dalam masa 7 hari. Satu lagi jenis penganiaan kepada pengguna Hot Tiket. Terima kasih!

    (more…)

  • WW #2 – Servis Kuda Besi

    WW #2 – Servis Kuda Besi

    Posted with WordPress for BlackBerry.

  • (DIGODAM) Laman CIDB Malaysia diserang Anonymous

    (DIGODAM) Laman CIDB Malaysia diserang Anonymous

    Sekitar jam 4.20 petang waktu tempatan, laman web rasmi Construction Industry Development Board (CIDB) (www.cidb.gov.my) mula digodam oleh Anonymous.

    Header dan tajuk laman tersebut diganti dengan Operation Malaysia [pwn3d by Anonymous] dan footer diganti dengan;

    Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour.

    (more…)

  • RIM minta SKMM sekat akses Jiwang.org

    Menurut laporan Amanz.my dan The Star Online, Recording Industry Association of Malaysia (RIM) yang dipengerusikan oleh Norman Abdul Halim meminta kerajaan melalui agensinya untuk menyekat sebuah portal perkongsian media tempatan, Jiwang.org.

    Portal yang ditubuhkan pada 29 Mac 1999 itu merupakan portal terbesar tempatan yang membenarkan perkongsian fail filem, cereka, lagu dan album tempatan.

    Tindakan menyekat akses laman web yang membenarkan muat turun fail media secara percuma ini adalah selaras dengan Akta Digital yang dipinda daripada Akta Hak Cipta 1997 yang akan dibentangkan di Kabinet pada Disember ini.

  • Graf Kenaikan Dinar Emas Februari – Jun 2011

    Graf Kenaikan Dinar Emas Februari – Jun 2011

    Graf Kenaikan Dinar Emas Februari - Jun 2011

    Lama tak bercerita tentang pelaburan emas. Sejak duduk saja di Perlis, semua aktiviti sembang emas dihentikan. Tak ada prospek! Okay, mari kita teruskan dengan mengaji satu graf kenaikan dinar emas bagi tempoh Februari 2011 hingga Jun 2011.

    Dalam tempoh lima bulan ini, harga terendah satu dinar emas ialah RM 618 dan harga tertinggi iaitu pada 11 Jun ialah RM 710. Kiraan mudah keuntungan untuk tempoh tersebut ialah RM 710 – RM 618 = RM 92. Tahniah kepada pelabur emas sekalian!

    Suka untuk saya quote daripada entri Pelabur Jutawan tentang kepentingan menyimpan emas, Mahu Simpan Wang Kertas Atau Emas?

    Bayangkan jika pada tahun 2009 dulu, dengan wang RM36,000 itu saya boleh membeli Emas seberat 343 gram (RM36,000 / RM105 (Harga emas segram) = 343g, dan jika saya menjual emas tersebut pada ketika ini saya boleh mendapat tunai sebanyak RM60,711 (343g x RM177/g)!!!

    (more…)