Author: Adam Roslan

  • RHB Bank perkenal pajak gadai Ar Rahnu-i

    Bar Emas Public Gold

    Ar Rahnu-i ialah skim pajak gadai Islam yang membolehkan barang kemas diguna pakai sebagai jaminan untuk tunai. Pihak Bank akan menyimpan emas sebagai cagaran dan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan penyimpanan. Pihak Bank akan memberi pinjaman kepada Pelanggan dimana jumlah yang diberi akan dinilai berdasarkan harga pasaran emas.

    Jumlah pinjaman yang diberikan walau bagaimanapun, adalah lebih rendah daripada nilai barang kemas bergantung kepada peratusan yang ditentukan oleh Bank dan jenis emas tersebut. Tempoh simpanan barang kemas dan fi ditentukan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak (Bank dan Pelanggan). Pada tempoh matang, jumlah pinjaman mesti dibayar balik kepada Bank dan barang kemas yang digunakan sebagai cagaran akan dikembalikan kepada Pelanggan.

    Tiada faedah akan dikenakan ke atas apa-apa jumlah yang tertunggak. Walau bagaimanapun, jika pinjaman tidak dibayar balik dalam tempoh masa yang dipersetujui, Bank mempunyai hak untuk melelong barang kemas tersebut.

    Ar Rahnu-i RHB Bank layak kepada individu 18 tahun ke atas untuk memajak barang kemas dan Emas 999, 950, 916, 860, 835 dan 750 (tanpa batu permata).

    (more…)

  • Anonymous Nafi Serangan 4 Julai

    Video ancaman yang tersebar di Youtube dinafikan milik Anonymous melalui laman Twitter mereka. Channel Youtube Anonymous ialah TheAdCrowther dan bukan seperti video sebelum ini.

    Anonymous Fake

    Entri terdahulu menyebut Anonymous akan menyerang laman PMO.gov.my sebagai gelombang kedua pada 4 Julai jam 8.37 malam.
    (more…)

  • Anonymous umum serangan kedua #OpMalaysia pada 4 Julai 2011

    Anonymous umum serangan kedua #OpMalaysia pada 4 Julai 2011

    #opMalaysia 14 July 2011

    Sebuah video dipercayai disediakan oleh Anonymous di Youtube mengumumkan akan membuat serangan kedua #OpMalaysia pada 4 Julai 2011, sekitar 8.37 malam.
    (more…)

  • Timing Belt Yamaha Majesty YP250

    Timing Belt Yamaha Majesty YP250

    Mungkin sudah tiba masa, timing belt Majesty pun putus. Keriangan yang diharapkan bertukar sugul apabila dalam kelajuan 80kmh, timing belt putus. Memikirkan satu kilometer sebelum sampai ke rumah, motor tersebut dituntun.

    (more…)

  • Belajar Kendali DSLR dengan SLR Camera Simulator

    Belajar Kendali DSLR dengan SLR Camera Simulator

    Online DSLR Simulator

    Bagi pengguna yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi dengan DSLR, anda kini boleh mempelajari selok belok fungsi yang ada dalam DSLR secara simulator di Internet. Cameraism.com memperkenalkan SLR Camera Simulatorsimulator SLR dalam talian yang berasaskan Flash bagi memberi pendedahan fungsi SLR kepada anda.

    Beberapa slider seperti keadaan pencahayaan, jarak, panjang fokal, ISO, aperture dan shutter speed yang boleh dilaraskan untuk mendapatkan gambar yang terang dan terbaik. Meter turut berfungsi bagi membolehkan anda mendapatkan bacaan seimbang di meter.

    (more…)

  • Kesilapan Yang Membawa Solat Tidak Sempurna Dan Menjadi Batal

    Di sini saya ingin berkongsi sedikit masalah solat yang menjadi punca solat tidak sempurna dan batal seterusnya solat yang kita kerjakan itu tidak sah. Masalah ini jika diteliti sebenarnya kita sudah mengetahuinya. Perkara ini berlaku kerana sedikit kesangsian sahaja dalam melakukan ibadat solat.

    1. Berlaku dua jemaah

    Sekiranya terdapat jemaah dalam satu masjid atau surau atau seumpamanya, kita tidak boleh membuat jemaah lain sehingga jemaah tersebut selesai solat.

    2. Tak dapat rakaat

    Biasanya masalah ini berlaku ketika imam sedang rukuk. Makmum yang hadir lewat ingin bersama imam yang sedang keadaan rukuk. Setelah makmum tabiratul ihram, makmum tidak perlu membaca surah al-Fatihah kerana telah ditanggung oleh imam. Makmum mestilah terus rukuk berserta toma’ninah ( tunggu sekadar subhanallah ) bersama imam. Sekira tiada dapat toma’ninah, rakaat tersebut tidak dikira.

    (more…)