Author: Adam Roslan

  • Diari Harian Ramadhan

    Diari Harian Ramadhan

    Abyan Razak berkongsi satu panduan bagaimana untuk menguruskan masa bagi menjalani ibadah di bulan Ramadhan disamping menjalankan tugasan harian. Semoga perkongsian ini dapat membantu dan dijadikan panduan untuk memperbanyakkan ibadah.

    Jadual Harian Sepanjang Ramadhan ini bermula jam 3.30 pagi dan diakhiri jam 10.30 malam dengan bacaan tilawah dan terjemahan sebelum tidur.

  • Iklan Kontroversi 8TV Ramadhan Diharamkan

    Sekali lagi rakyat Malaysia dihidangkan dengan sebuah iklan berbaur perkauman dan mencetuskan kontroversi di stesen 8TV. Selepas iklan Fantasi Aidilfitri pada tahun lepas, kali ini mereka kembali lagi.

    Walaupun pada asasnya iklan ini bertujuan memberitahu kepada bukan Muslim supaya menghormati orang Islam yang berpuasa ketika mereka berada di tempat awam atau ke pasar Ramadhan. Isu menegur ini dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang merasakan situasi ini sebenarnya tidak betul.

    (more…)

  • Nilai Marhun Emas 999 dan 916 Ogos 2011 Ar Rahnu Yapeim

    Nilai Marhun Emas 999 dan 916 Ogos 2011 Ar Rahnu Yapeim

    Pusing di Bandar Kangar, saya sempat singgah ke Ar Rahnu Agro Bank Kangar, bersembang panjang tentang harga emas semasa, saya berminat untuk berkongsi nilai marhun semasa Emas 999 iaitu RM176.50 dan Emas 916 ialah RM161.80.

    Berbanding Ar Rahnu YAPEIM nilai marhun Emas 999 ialah RM168 dan Emas 916 RM156.

  • Filem Amatur ‘For Lover’s Only’ dengan Canon 5D Terjual USD200,000 di iTunes

    The Polish Brothers menerbitkan sebuah filem romantik pendek secara amatur dengan menggunakan kamera digital DSLR Canon 5D Mark II berjudul ‘For Lover’s Only’ dan terjual di iTunes lebih USD 200,000 (RM 588,102.00) walaupun dibikin tanpa sebarang modal.

    Filem ini dibintangi oleh Mark Polish dan Stana Katic dan jurukamera dengan berlagak sebagai pelancong bagi mengelakkan dikenakan bayaran mengambil gambar dan video oleh pemilik lokasi. Apa yang menarik, mereka mempromosikan filem pendek mereka melalui laman sosial Facebook dan Twitter tanpa melibatkan penerbit filem ternama selain diedarkan kepada wartawan dan majalah hiburan.

    (more…)

  • Amazon Cloud Drive Tawar Ruang Simpanan 5GB Percuma

    Amazon Cloud Drive Tawar Ruang Simpanan 5GB Percuma

    Amazon Cloud Drive Tawar Ruang Simpanan 5GB Percuma

    Amazon Cloud Drive ialah cakera keras peribadi di Internet. Anda boleh menyimpan fail lagu, video, gambar, dokumen di pelayan yang selamat di Amazon. Dengan antaramuka web, anda boleh memuat naik (upload), memuat turun (download) dan akses fail anda daripada mana-mana komputer di seluruh dunia.

    Selepas mendaftar, anda akan menerima ruang peribadi seluas 5 GB untuk memuat naik fail anda. Jika 5 GB ini tidak muat, anda boleh melanggan pakej 20 GB (USD20/tahun) sehingga 1,000 GB (USD1,000/tahun) mengikut keperluan anda.

    (more…)