P/s Bukanla duit raya sangat, saja nak kenakan dengan tema raya.
Author: Adam Roslan
-

(Gambar) Sekitar Banjir Perlis September 2011

Walaupun masuk hari ketiga banjir di negeri Perlis tetapi menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, hari ini sebanyak 10 pusat pemindahan masih beroperasi dengan 165 keluarga dan 634 mangsa dipindahkan. Seramai 774 mangsa dengan 155 keluarga dibenarkan pulang dan 14 pusat pemindahan sudah ditutup.
Jumlah terkumpul keluarga yang dipindahkan sehingga hari ini ialah 320 keluarga dengan 1,408 mangsa terkumpul. Maklumat ini sah sehingga 9 pagi 14 September 2011.
-

Miliki Samsung Galaxy Tab, RM1,578 dengan Celcom
Peminat platform Android pasti menantikan Samsung Galaxy Tab 10.1 yang dilepaskan oleh Celcom Axiata ke pasaran Malaysia baru-baru ini. Walaupun saya belum pernah mencuba kehebatan Android, tetapi dengan pengukuhan Android dalam market share telefon pintar dan tablet memberikan saya satu keterujaan untuk memilikinya.
Dengan yuran komitmen serendah RM68 sebulan, anda boleh memiliki Samsung Galaxy Tab 10.1 dengan harga RM1,578 yang dikuasakan dengan plan data 4GB. Selain daripada itu, Celcom juga menawarkan LG Optimus Pad pada harga RM1,778 dan Samsung Galaxy Tab serendah RM1,118.
-

Tukar Bateri Macbook White, RM 559

Selepas tiga tahun daripada tarikh pembelian dan sejak dua hari lepas Macbook White kesayangan mula meragam. Kalau sebelum ini, trackpad membawa masalah sehingga terpaksa dibedah, hari ini Macbook White ini kembali dengan masalah apabila baterinya sudah lagi tidak mampu menyimpan cas dan hanya bergantung kepada adapter kuasa.
Saya menghubungi Mac Studio untuk mendapatkan harga bagi servis dan pertukaran bateri baru. Seperti dijangka, harga untuk menukar bateri Macbook White ialah RM559! Punca utama kenapa saya mengalami malasah ini ialah sentiasa plug kepada punca kuasa walaupun bateri sudah penuh. Berbeza dengan laptop lain yang baterinya boleh dicabut, kepekaan kepada level bateri mestilah diberi perhatian jika anda sayangkan Macbook anda.
P/s Dua tiga hari ni sibuk kemas rumah ‘baru’, tambahan susah nak dapat akses Internet. Harini internet baru masuk, jadi sempat juga update sedikit kisah harian + informasi. Insya Allah saya akan kembali aktif selepas ini.
-

Minggu Filem ‘I Love Capitalism’ 2011

“Pernah terasa seolah-olah tujuan hidup di dunia ini hanyalah untuk mencari duit dan berbelanja sebanyak mungkin?â€
“Pernah tertanya-tanya mengapa yang kaya bertambah kaya dan yang miskin sentiasa bertambah miskin?â€
Pernahkah anda tanya diri anda dengan soalan di atas? Bersempena dengan Persidangan CEO Sejagat FORBES 2011 (Forbes Global CEO Conference 2011) kali ke-11 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 September 2011, Fahmi Reza menganjurkan I Love Capitalism 2011; satu siri tayangan filem yang akan membincangkan aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan impak persekitaran kapitalis yang diamalkan di Malaysia khususnya.
-

(REVIEW) Hantu Bonceng – Filem Persenda Islam?

Secara peribadi, selepas menonton filem yang dicanang sebagai filem box office yang mengalahkan kutipan hari pertama KL Gangster hanya indah khabar daripada rupa. Walaupun ramai peminat filem ini memuji di laman-laman blog dan Facebook, tetapi bagi saya filem ini hanya sekadar hiburan biasa.
Untuk Sinopsis, Maklumat Filem dan Trailer Hantu Bonceng, klik sini.
Tema
Hantu Bonceng membawa tema percintaan dan persahabatan. Pengarah cuba menyelitkan nilai keaagamaan dalam beberapa babak dan dialog yang diucapkan oleh para pelakon. Amran dan Halimaton bercinta sejak sekian lama dan mereka saling sayang menyayang. Tetapi selepas kehadiran Ayu, perhubungan mereka semakin renggang. Nilai keagamaan pula ditunjukkan oleh Amran dan Kunyit yang berjumpa dengan Ustaz yang dilakonkan oleh Cat Farish. Namun, watak ini sebenarnya berat untuk dibawa oleh Cat Farish kerana sebelum ini beliau terkenal sebagai pelakon komedi.


