(LIRIK) Jamal Abdillah – Aku Maafkan Kamu feat. Malique Ibrahim


Harimau Muda semakin menghampiri peringkat separuh akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 2011 Jakarta-Palembang apabila menewaskan Kemboja 4-1 dan mendapat bantuan apabila Indonesia menewaskan Thailand, 3-1 dalam perlawanan mereka semalam. Gol pasukan negara disumbang Izzaq Faris Ramlan, minit ke-7, Baddrol Bakhtiar (m-35, 39) dan Wan Zaharul Nizam (m-90).
Malaysia akan menentang Indonesia di Stadium Glora Bung Karno pada 17 November ini.


Kalau bukan kerana duduk di rumah, saya tak berpeluang langsung nak tengok (tonton) Maharaja Lawak Mega walaupun disiarkan secara langsung di Shah Alam kerana banyak sebab. Tapi malam ni, saya cuba ikut beberapa video yang baru sahaja dirakam selepas tamat siaran Maharaja Lawak Mega di Astro Warna. Dengan teknologi yang ada sekarang, video yang baru ditayangkan di TV sudah boleh diupload ke Youtube. Sama hebat juga Sokernet, yang mana video gol sudahpun diupload walaupun perlawanan masih berlangsung.
Rupa-rupanya, hari ini sudahpun masuk minggu ketiga Maharaja Lawak Mega, saya tak pasti pula dengan Masterchef Malaysia. Jadi, selepas saluran undian SMS Maharaja Lawak Mega ditutup, Astro mengumumkan keputusannya untuk minggu ini. Pimai mendahului dan Anje tersingkir.


Selepas dua perlawanan, Harimau Muda mendahului Kumpulan A dengan empat mata, berkongsi kutipan mata yang sama dengan Singapura. Walaubagaimanapun, Indonesia berpeluang memintas Malaysia dan Singapura jika menang menentang Singapura pada hari ini. Skuad Harimau Muda akan menentang Kemboja Ahad ini.
Dalam kumpulan B, Myanmar gah di atas dengan 7 mata, berkongsi mata dengan Vietnam selepas tiga perlawanan.


Hari ini skuad Harimau Muda akan turun berjuang buat kali kedua Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno tepat jam 5 petang waktu Malaysia. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di TV1 dan Astro Arena 801.
Menurut pengurus pasukan, Datuk Hamidin Mohd Amin, pemain dinasihatkan menganggap semua perlawanan adalah penting tanpa mengira sesiapa pun lawan dari kalangan Kumpulan A termasuk lawan selepas ini, iaitu Kemboja apatah lagi tuan rumah, Indonesia. – Utusan (more…)