Author: Adam Roslan

  • Cetak Terus dari iPad dengan AirPrint Activator

    Cetak Terus dari iPad dengan AirPrint Activator

    20111219-203243.jpg

    Pengguna iOS 4.2 dalam peranti iPhone, iPad dan iPod kini boleh menggunakan fungsi AirPrint dengan aplikasi ringkas AirPrint Activator. Aplikasi ini akan membenarkan pencetak yang dipasang dan dikongsi di Macbook atau PC dijadikan sebagai pencetak AirPrint, tanpa sebarang had pencetak kerana sehinga hari ini cuma 20 model yang menyokong fungsi ini.

    Pengguna hanya perlu aktifkan WIFI di komputer dan iPad, contohnya sebelum kedua peranti dapat mengesan pencetak yang akan digunakan. Kekurangan cara ini ialah anda perlu membuka komputer yang bertindak sebagai server kecuali anda menggunakan pencetak yang mempunyai fungsi cetak dengan WIFI. Maklumat tentang AirPrint di laman web Apple. Klik sini untuk maklumat lanjut dan muat turun AirPrint Activator 2.

  • (SINOPSIS) Mission Impossible 4: Ghost Protocol

    (SINOPSIS) Mission Impossible 4: Ghost Protocol

    20111219-125017.jpg

    Sinopsis Mission Impossible 4: Ghost Protocol
    Ethan Hunt (Tom Cruise) dan pasukannya terpaksa berdikari apabila kerajaan Amerika melancarkan Ghost Protocol dimana mereka tidak akan dibantu oleh pihak kerajaan dalam menyelesaikan misi mustahil mereka selepas dianggap sebagai pengebom bangunan Kremlin di Russia.

    (more…)

  • (VIDEO) Tun Mahathir Nasihat Mahasiswa Melayu Usah Ghairah Berpolitik

    Tun Mahathir Mohamad memberi ulasan kepada situasi sekarang dimana mahasiswa Melayu ghairah berpolitik seperti menyertai demonstrasi dan aktiviti yang menjurus kepada politik.

    Kata beliau, duit bantuan kerajaan atau ibu bapa yang diberikan sepatutnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran dan bukannya disalahgunakan untuk berpolitik. Tambah beliau, mahasiswa Melayu yang ghairah berpolitik ini akan memberi kesan kepada keputusan peperiksaan.

    Beliau menyarankan agar golongan ini menamatkan pelajaran terlebih dahulu sebelum bergiat secara serius dalam arena politik sesudah mempunyai sumber kewangan sendiri seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir ketika awal pembabitannya dalam politik.

    P.S. Sebelum ubah yang besar, kena ubah yang kecik sekeliling kita dulu.

  • (VIDEO) Panglima Melayu Ugut Tampar dan Ludah Mahasiswa

    (VIDEO) Panglima Melayu Ugut Tampar dan Ludah Mahasiswa

    20111219-004242.jpg

    Armand Azha yang menggelarkannya Panglima Melayu mencetuskan kontroversi apabila videonya mengugut mahasiswa dipercayai bernama Adam Adli yang menurunkan bendera Dato’ Seri Najib Razak di PWTC dengan menampar dan meludah.

    Akibat terlalu taksub dengan parti yang dibawanya maka terus hilang peradaban Melayu dan menuduh mahasiswa tersebut adalah pengikut kepada Anwar Ibrahim. Walaupun berbeza fahaman, apa yang ditunjukkan dalam video adalah keterlaluan dan hanya memalukan bangsa Melayu.

  • (PERCUMA) Aplikasi TV dan Radio Malaysia di iPhone

    (PERCUMA) Aplikasi TV dan Radio Malaysia di iPhone

    20111218-224849.jpg

    Pengguna iPhone hari ini boleh memuat turun aplikasi percuma untuk streaming siaran televisyen/radio tempatan seperti TV 1, TV 2 dan TV 3 secara terus di telefon mereka. Aplikasi yang dinamakan 1Malaysia TV ini dibangunkan oleh Raffcomm Technologies ini ditawarkan secara percuma untuk 17 dan 18 Disember dan mereka akan mengenakan cas untuk muat turun kelak.

    Bagi pengguna iPad mereka boleh muat turun, tetapi bermasalah ketika streaming. Muat turun aplikasi ini melalui AppStore sekarang!

  • Maklumat dan Borang Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

    Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

    Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

    Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
    Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
    Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my
    Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)

    (more…)