Author: Adam Roslan

  • KH Kopi – Minuman Herba Rawat Diabetes

    KH Kopi – Minuman Herba Rawat Diabetes

    Bagi yang belum pernah mendengar tentang KH Kopi, hari ini saya berminat untuk kongsikan satu produk kesihatan keluaran 100% Bumiputera Muslim yang berupaya merawat penyakit-penyakit kronik seperti lebihan gula, lebihan kolestrol, batu karang, buasir, ghout, migrain, athma, mandul, mata kelabu dan injap tersumbat. Ramai yang telah mencuba dan berjaya meneruskan kehidupan dengan kesihatan yang lebih baik tanpa berbelanja ribuan ringgit. Saya permudahkan pemahaman anda dengan perkongsian ini.

    Penyakit

    Penyakit berpunca daripada kekotoran yang membeku dalam jangkamasa yang lama dan tidak dapat dibuang melalui lima sistem perkumuhan tubuh badan yang telah Allah SWT kurniakan pada manusia seperti najis, kencing, peluh, kahak (muntah) dan hingus. Sistem perkumuhan yang berfungsi sepenuhnya akan menjadikan manusia sihat. Allah SWT tidak pernah menciptakan ubat-ubatan daripada batu-batan (kimia) dan dadah yang beracun untuk hamba-hambanya. Sebagai lambang kasih sayang Allah SWT kepada hambanya untuk melawan penyakit, Allah SWT ciptakan pelbagai makanan yang terdiri daripada 9 rasa yang terkandung beribu khasiat.

    (more…)

  • Negeri Sembilan Bermula Garang Perlawanan Pembukaan Liga Malaysia 2012

    Negeri Sembilan Bermula Garang Perlawanan Pembukaan Liga Malaysia 2012

    20120108-002410.jpg

    Dua jaringan Jean Emmanuel Effa Owona memastikan Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri dengan menjulang Piala Sumbangsih. Keputusan perlawanan terikat 1-1 pada separuh masa pertama yang menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan rentak seimbang.

    (more…)

  • Senarai Pemain Liga Perdana Perlis 2012

    Menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana 2012 pada Isnin ini, saya kongsikan senarai Pemain Liga Perdana Perlis 2012. Untuk perlawanan pertama pasukan Singa Utara akan menentang MPP Muar di Stadium Sultan Ibrahim, Muar. Dengan kembalinya khidmat awang import, Lamin Conteh dan tenaga baru, Henry Lewis bakal memperkemaskan lagi persiapan skuad Singa Utara untuk kembali bangkit merangkul gelaran liga. Anda boleh sertai Fanpage Ultras Perlis Brigate Gialloblu untuk maklumat terkini perlawanan atau Fanpage Penyokong Singa Utara.

    1. MOHD KHAIRUL AZUAN BIN ROSLI- GK- 25 TAHUN.
    2. HAIROL FAZREEN BIN ABU HASSAN -GK-23 TAHUN.
    3. MOHD HAFIZ BIN ABU BAKAR -GK- 19 TAHUN.
    4. PHUL SAKH A/L LOM -DF- 23 TAHUN.
    5. MOHAMAD ROZAIDI BIN ABD RAHIM-DF- 23 TAHUN.
    6. MUHAMMAD ALIF ASWAT BIN BAHARIN -DF- 22 TAHUN.
    7. AMZAR JUNAIDI BIN ABDUL JALIL -DF-25 TAHUN.
    8. MOHD HAFIS BIN MOHD FAUZI -DF-25 TAHUN.
    9. MOHD NAZRIN BIN BAHARUDIN-DF- 21 TAHUN.
    10. MUHAMMAD ELFIE ELYAZ BIN HARIZAM -DF-24 TAHUN.
    11. AHMAD KAMAL BIN JAMALLUL RAHMAN -DF-22 TAHUN.
    12. PUVINDERAN A/L KALAICHELVAN -DF-29 TAHUN.
    13. HADI SYAHMI BIN HAMZAH-MF-20 TAHUN.
    14. MOHD RIDZUAN BIN OTHMAN-MF-25 TAHUN.
    15. KHAIROOL ANAS BIN SAFRI-MF-27 TAHUN.
    16. SUVINART A/L SHIAN-MF-24 TAHUN.
    17. MOHD AZLAN SHAH BIN MANSOR NOR- MF-21 TAHUN
    18. LAMIN CONTEH JR-MF- 35 TAHUN.
    19. SYED MOHD ABD GHAFAR BIN SYED AMIR-ST-25 TAHUN.
    20. MOHD RIZAL BIN MOHD GHAZALI-ST-19 TAHUN.
    21. MUSTAFA AMINI BIN ISMAIL-ST-21 TAHUN.
    22. HENRY LEWIS-ST-19 TAHUN.
    23. MOHD KHAIRUL RAMADHAN BIN MOHD ZAUWAWI-ST-23 TAHUN.
    24. WAN MOHD ALIF BIN KHAIREE-ST-24 TAHUN.
    25. SHAFUAN ADLI BIN SHAARI -ST-26 TAHUN.

    Sumber: Brigate Gialloblu

  • Jawatankuasa Fatwa Umum Pelaburan Emas Sah

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

    Syarat Umum Jual Beli
    1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

    (more…)

  • (VIDEO) Apa Perjuangan ‘Student Power’ Adam Adli?

    (VIDEO) Apa Perjuangan ‘Student Power’ Adam Adli?

    20120105-061031.jpg

    Hari ini Ali Fi berkongsi satu video menarik tentang fakta Student Power yang cuba oleh Adam Adli dan rakannya. Bagi yang melihat isu ini berat kepada permainan politik, terpulang. Tapi bagi pendapat peribadi saya, saya melihatkan dia sebenarnya sedang cuba mengembalikan zaman kegemilangan ‘student power’ di institusi pengajian tinggi.
    (more…)

  • (VIDEO) Ucapan Amalina Che Bakri untuk Rakyat Malaysia

    (VIDEO) Ucapan Amalina Che Bakri untuk Rakyat Malaysia

    20120105-055913.jpg

    Dua hari lepas kecoh isu pendedahan blog tempatan berhubung pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri yang dilaporkan tercicir daripada pelajarannya akibat daripada kejutan budaya di sana.

    Walaubagaimanapun, semalam Berita Harian melaporkan bahawa ibunya menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu beliau terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

    Berita Harian menambah, pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.
    (more…)