Author: Adam Roslan

  • Mengapa Minuman 3 dalam 1 Bahaya?

    Mengapa Minuman 3 dalam 1 Bahaya?

    20120124-143234.jpg

    Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan menganduni ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

    “Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.”

    “Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Semalam.
    (more…)

  • (Tutorial) Jailbreak iPhone 4S 5.0 5.0.1 dan iPad2 5.0.1 dengan Absinthe

    (Tutorial) Jailbreak iPhone 4S 5.0 5.0.1 dan iPad2 5.0.1 dengan Absinthe

    (Tutorial) Jailbreak iPhone 5.0 5.0.1 dan iPad 5.01

    Absinthe dilepaskan bagi membolehkan pengguna peranti A5 seperti iPhone 4S dan iPad 2 mendapatkan unthethered jailbreak. Dengan antaramuka yang lebih mesra pengguna, pengguna hanya meluangkan masa kurang daripada 10 minit untuk mendapatkan peranti yang berjaya di-jailbreak.

    Video dan langkah dibawah menerangkan bagaimana untuk jailbreak peranti A5 seperti iPhone 4S anda dengan mudah.

    (more…)

  • Takwim Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM & MUET 2012

    Berikut adalah takwim peperiksaan utama UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM & MUET bagi tahun 2012 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia. Walaubagaimanapun, tarikh ini tertakluk kepada sebarang pindaan.

    1. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 11 – 13 September 2012
    2. Penilaian Menengah Rendah (PMR) 09 – 11 dan 15 – 16 Oktober 2012
    3. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
      – Lisan 09 – 12 & 16 – 19 Julai 2012
      – Bertulis 16 – 18 & 22 – 25 Oktober 2012 (more…)
  • Syarat Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

    Syarat Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

    Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

    Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa. Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

    Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

    (more…)

  • Senarai Kedai Buku Terima Voucher Buku 1Malaysia

    Senarai Kedai Buku Terima Voucher Buku 1Malaysia

    20120116-230741.jpg

    Lepas claim voucher anda, ramai yang tanya bagaimana untuk menukarkan voucher anda di kedai buku dan kedai buku manakah yang menerima pembelian buku dengan voucher buku 1 Malaysia ini.

    Antara kedai yang menerima pembelian dengan baucar buku ini ialah rangkaian kedai buku Popular, MPH dan Popular di seluruh Malaysia.

    Walaubagaimanapun, anda boleh sendiri menukarkannya di mana-mana kedai buku yang menerima pembelian dengan voucher, tanya di kaunter pembayaran sebelum membuat pembelian.

    Pembelian anda mestilah melebihi atau sama harga dengan baucar kerana baucar tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai dan baki tidak akan dikembalikan.

  • Jadual dan Keputusan Maybank Malaysia Open Superseries 2012

    Jadual dan Keputusan Maybank Malaysia Open Superseries 2012

    20120112-112022.jpg

    Empat pemain perseorangan yang diberi jolokan “Four Heavenly Kings” – Lin Dan, Lee Chong Wei, Peter Gade dan Taufik Hidayat – menepati ramalan melepasi halangan pertama masing-masing pada saingan Terbuka Malaysia Maybank semalam.

    Antara empat bintang tersebut, Taufik menjadi pemain pertama layak selepas dia menewaskan Chou Tien Chen 21-14, 21-9 pada perlawanan sebelah pagi.

    Veteran Denmark, Peter Hoeg Gade, pastinya merasakan diri seperti bermain di negara sendiri apabila menerima sokongan daripada peminat yang membanjiri Stadium Putra.
    (more…)