Author: Adam Roslan

  • Ranking Kuetiau Goreng Perlis – Pusingan #1

    Ranking Kuetiau Goreng Perlis – Pusingan #1

    Salam. Malam ni gua tekad, atleast kena ada jugak entri untuk sekurangnya kekalkan ranking Alexa atau menjaga trafik yang semakin hari semakin hilang. Manakan tidak, risau baca syarat baru Innity, parah kalau tak ambil serius. Jadi tanpa membuang masa, hari ini saya akan bawa anda menerjah tiga pilihan gerai kuetiau goreng terbaik di Perlis.

    (more…)

  • Majlis Fatwa Sahkan Pelaburan Forex Internet Haram

    Majlis Fatwa Sahkan Pelaburan Forex Internet Haram

    20120216-002159.jpg

    Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini menetapkan sistem tukaran wang asing menerusi internet adalah haram untuk disertai umat Islam.

    Pengerusinya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, menerusi perbincangan antara ahli jawatankuasa fatwa didapati urus niaga Forex Internet tidak memenuhi syariah.

    Menurutnya, setakat ini ditetapkan ia adalah haram kerana banyak perkara yang meragukan dan syariah tidak membenarkannya. (more…)

  • Penulis Blog di Malaysia Cecah 500,000

    Penulis Blog di Malaysia Cecah 500,000

    Penulis Blog di Malaysia Cecah 500000

    Portal informasi dan teknologi, Amanz.my hari ini melaporkan bahawa penulis blog di Malaysia sudah mencecah angka 500,000 orang seperti yang didedahkan dalam acara Minggu Media Sosial 2012  di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini hingga 17 Februari ini.

    (more…)

  • (Sinopsis) Drama Vanila Coklat Lestary TV3

    (Sinopsis) Drama Vanila Coklat Lestary TV3

    (Sinopsis) Drama Vanila Coklat Lestary TV3

    Vanila Coklat menjadi fenomena baru drama tempatan apabila menjadi ikutan rakyat Malaysia. Drama ini ditayangkan dalam slot Lestary setiap hari Selasa jam 9 malam di TV3. Drama yang dibintangi oleh Izara Aishah, Aiman Mentor 5, Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi dan Liza Abdullah ini bergenre komedi dan cinta.

    Sinopsis Drama Vanila Coklat

    Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih.

    Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan. Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya.

    (more…)

  • Pek Broadband RM25 Projek Komputer 1Malaysia SKMM-Celcom

    Pek Broadband RM25 Projek Komputer 1Malaysia SKMM-Celcom

    Pek Broadband RM25 Projek Komputer 1Malaysia SKMM-Celcom

    Pek Broadband Celcom-SKMM Projek Komputer 1Malaysia mungkin masih menjadi carian para pelajar yang mahukan penjimatan dalam melayari Internet semasa di kampus. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Celcom menyediakan Pek Broadband Celcom-SKMM dalam Projek Komputer 1Malaysia dengan menawarkan sim broadband dengan bayaran RM25 sebulan. Kelajuan yang ditawarkan ialah 512kbps untuk pelan harian dan mingguan, manakala pelan bulanan ialah 384kbps.

    Memandangkan pek ini adalah terhad dan dijual oleh pengedar terpilih, ada yang menjualnya lebih daripada harga yang ditetapkan iaitu RM25. Pek ini boleh diaktifkan dengan arahan SMS seperti berikut:

    (more…)