Author: Adam Roslan

  • Air Nyiur Air Kelapa

    Air Nyiur Air Kelapa

    Tengah malam, cuba membasahi tekak. Lalu menuju keluar daripada kesunyian Shah Alam ke pinggir kota. Tibanya di Uptown Shah Alam, kaki menapak laju ke medan selera di belakangnya. Hiruk pikuk warga kota mencari jersi Sime Darby (agaknya) tidak dihiraukan. Duduk atas meja, dipesan segelas air kelapa.

    Alhamdulillah.

  • Misteri ‘Satu Hati’ di Jentera Repsol Honda 2012

    Misteri ‘Satu Hati’ di Jentera Repsol Honda 2012

    Misteri 'Satu Hati' di Jentera Repsol Honda 2012

    Dalam perlumbaan MotoGP minggu lepas, kita dikejutkan dengan misteri perkataan Satu Hati, yang dipaparkan di jentera Repsol Honda tunggangan Stoner dan Pedrosa. Sangat mengujakan apabila bahasa Melayu/Indonesia dimartabatkan oleh pengeluar.

    Rupanya, One Heart atau Satu Hati ialah slogan kepada Astra Honda, anak syarikat Honda di Indonesia, yang juga merupakan pengeluar motorsikal terbesar di Indonesia iaitu sebanyak 3.3 juta setahun. Slogan ini turut di dipaparkan di sut pelumba.

    Logo 1Malaysia juga banyak dipaparkan di jentera hebat seperti jentera KTM Moto3 milik Zulfahmi Khairuddin selain Caterham F1 Team yang ditaja oleh AirAsia.

  • Kitar Semula

    Kitar Semula

    Kitar Semula Botol

    Tak ada yang lebih cool hari ini selain daripada ini. Selamat hari Jumaat.

  • Siaran TV Al-Hijrah ke Seluruh Negara Disember

    Siaran TV Al-Hijrah akan diperluaskan ke seluruh negara selewat-lewatnya akhir tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom.

    Beliau berkata kerajaan sedang menyusun spektrum yang lebih menyeluruh kepada negeri yang belum mendapat siaran itu seperti Kelantan dan utara tanah air.

    “Begitu juga kawasan-kawasan seperti di Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran sempena penganjuran Karnival Al-Hijrah peringkat negeri Terengganu, di sini hari ini.

    Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation, Bukhari Che Muda.

    Mengenai karnival yang diadakan pada hujung tahun lalu itu, Jamil Khir berkata ia merupakan yang pertama diadakan di Terengganu dan memberi gambaran kemampuan pihak televisyen berkenaan melaksanakan karnival yang begitu bermakna.

    “Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang turut memberikan kerjasama yang begitu tinggi termasuk juga tenaga dan kewangan bagi tujuan menjayakan karnival ini,” katanya. -Bernama

  • 73 Peratus Tempah Preve Turbo

    73 Peratus Tempah Preve Turbo

    Bisnes Harian Metro melaporkan hampir 73 peratus daripada 4200 tempahan bagi model baru Proton Preve adalah bagi varian turbo.

    Varian turbo dilengkapkan dengan generasi baru enjin kecekapan bahan api Campro 1.6 liter yang menyamai kuasa enjin 2.0.

  • Perbandingan Pelan iPhone 4S Digi, Celcom dan Maxis

    Perbandingan Pelan iPhone 4S Digi, Celcom dan Maxis

    Walaupun Apple Store mula menjual iPhone 4S Unlock pada harga RM2,199, pengguna masih perlu bergantung kepada pelan data yang disediakan oleh operator seperti Digi, Celcom dan Maxis.

    Jadual di bawah disediakan oleh Digi, yang membandingkan plan iDiGi88 yang kelihatan menawarkan lebih penjimatan berbanding Celcom 98 atau Maxis iValue 100.

    Serendah RM55 (selepas rebat Auto-billing), pelanggan akan ditawarkan data 1GB, 200 minit percuma ke semua operator, 200 SMS dan 20 MMS percuma.

    Pada pendapat saya, DiGi mampu menawarkan harga terbaik untuk pelan data iPhone 4S tetapi masih lagi terhad kepada kawasan yang mempunyai capaian 3G.