Author: Adam Roslan

  • Sime Darby Menang Perlawanan, Kelantan Menang Piala FA 2012

    Sime Darby Menang Perlawanan, Kelantan Menang Piala FA 2012

    Tahniah pasukan Kelantan yang berjaya membawa pulang Piala FA edisi 2012, dengan bentuk baru dan menamatkan penantian 22 tahun.

    1. Tahniah kepada Ghaddar yang menjadi wira Kelantan apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas berlaku kekalutan di dalam kotak penalti. Insiden itu menyebabkan beliau dikasari dan menghadiahkan peluang kemenangan pada minit ke 58.

    2. Tahniah kepada anak buah Ismail Zakaria yang bersungguh-sungguh mengekang asakan dan membuat serangan berbahaya yang gagal disudahkan.

    3. Saya menyokong statistik perlawanan dimana Sime Darby mengawal bola lebih banyak daripada pasukan Kelatan, selain beberapa percubaan tepat di separuh masa pertama.

    4. Sime Darby mempunyai beberapa peluang seperti gerakan solo Patrick Ronaldhino dan kemasukan Razali Umar pada separuh masa kedua turut mengucar kacirkan lawan.

    5. Bahagian serangan Kelantan juga tidak berpeluang menghasilkan percubaan menepati sasaran dan kebanyakkannya terkandas di benteng yang diketuai oleh Es Lizuan.

    6. Es yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan sangat bertepatan kerana prestasi baiknya sepanjang 94 minit perlawanan dan kemampuannya mengawal mental rakan sepasukan selepas ketinggalan satu gol.

    7. Selepas gol dijaringkan, perlawanan yang pada awalnya rancak bertukar perlahan setelah pasukan Kelantan memilih untuk bertahan, dan beberapa pemain mereka termasuk Khairul Fahmi dikenakan kad kuning kerana melengahkan permainan.

    8. Semangat yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan yang memenuhi setiap ruang stadium haruslah dipuji.

    9. Semoga Ismail Zakaria dan Peter Butler bersama anak buah mereka meneruskan kecemerlangan dalam menamatkan baki saingan Liga Super dan Liga Perdana, seterusnya melayakkan diri untuk merebut Piala Malaysia.

    10. Tan Sri Anuar Musa datang menyokong di kerusi penonton sebagai penonton biasa dan mendapat liputan penyiar.

    11. Jersi Sime Darby dijual RM20 selepas tamat perlawanan, RM49 sebelum perlawanan.

  • Sime Darby Idam kejutkan Kelantan, Cipta Sejarah

    SETELAH kecewa dalam dua aksi final Piala FA sebelum ini, Kelantan tidak mahu episod duka itu berulang dan tekad untuk menjulang piala itu buat kali pertama apabila menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

    Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi berkata, pasukan itu tidak akan memandang mudah cabaran wakil kelab Lembah Klang itu yang melakukan banyak kejutan dalam laluan mereka ke pentas final.

    “Mereka merupakan sebuah pasukan yang kuat dalam saingan Piala FA musim ini, jadi saya harap pemain Kelantan akan mempamerkan aksi terbaik mereka kerana kita tidak mahu kecewa buat kali ketiga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir Piala FA di Kuala Lumpur, semalam.

    Skuad ‘The Red Warriors’ tumpas 1-4 menerusi sepakan penalti kepada Selangor pada 2009 selepas terikat 1-1 dalam masa penuh permainan serta kalah 1-2 kepada Terengganu pada musim lepas.

    Mohd Badhri yang dikenali dengan nama jolokan ‘Piya’ di kalangan rakan sepasukan, turut mengakui tekanan yang diberikan oleh peminat setia ‘The Red Warriors’ untuk menjulang Piala FA buat kali pertama itu, sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan pemain skuad tersebut.

    “Cuma apa yang saya harapkan, setiap pemain perlu memberikan sepenuh fokus dalam perlawanan esok selain tidak memandang mudah keupayaan lawan.

    “Saya turut meminta Norshahrul (Idlan Talaha) dan Indra Putra (Mahayuddin) menjaringkan gol awal untuk membakar semangat pemain pada perlawanan esok (hari ini),” katanya.

    Kapten pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir pula berkata, semua pemain pasukan tersebut sangat teruja untuk meraih kemenangan bagi mencipta sejarah sebagai pasukan berstatus kelab pertama muncul juara piala tersebut.

    “Pihak pengurusan turut menjanjikan habuan kepada pemain sekiranya menang… ini merupakan tonik tambahan kepada kami untuk mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti,” katanya.

    Skuad tersebut mencipta kejutan dengan menjadi kelab pertama yang melayakkan diri ke final Piala FA termasuk menumbangkan juara bertahan, Terengganu pada saingan separuh akhir. – Bernama

  • Skuad Projek 2013 Juara Piala Remaja Asia

    MALAYSIA menjuarai Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia buat pertama kali apabila mengalahkan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka malam ini.

    Malaysia menjaringkan kedua-dua gol itu pada babak pertama perlawanan menerusi Faizal Saari pada minit kedua dan Mohd Syamim Mohd Yusof pada minit ke-17.

    Gol tunggal Pakistan dijaringkan oleh Muhammad Irfan pada minit ke-42. -Bernama

  • Pelan iPhone 4S Maxis untuk Semua

    Pelan iPhone 4S Maxis untuk Semua

    Pelan iPhone 4S Maxis untuk Semua

    Dalam entri terdahulu, saya ada kongsikan jadual perbandingan pelan iPhone 4S daripada Digi. Berbeza dengan Maxis, mereka menawarkan plan iPhone 4S dengan beberapa variasi, berdasarkan kehendak pengguna. Bagi pengguna biasa, mereka boleh melanggan pelan iValue serendah RM100 dengan 333 minit panggilan dan 200 SMS.

    Pelan Value Plus Internet 30 dan 50 pula menawarkan akses internet 250MB dengan 50 minit dan 50 SMS atau 250MB dengan 100 minit panggilan dan 100 SMS.

    Bagi pengguna tegar Internet, anda boleh mendapatkan kuota 1.5GB atau 3.5GB serendah RM50 atau RM75, tanpa minit panggilan dan SMS. Harga permulaan untuk sebuah iPhone 4S untuk pelan ini dengan kontrak 12 bulan ialah RM2,090.

    Jika anda pengguna Maxis sedia ada, anda boleh menaiktaraf telefon anda kepada iPhone 4S dengan bayaran minima RM48 atau RM68 untuk kuota 1GB dan 4GB.

  • Keputusan Liga Perdana 11 Mei 2012

    Sebanyak enam perlawanan Liga Perdana (Liga Super menurut Kosmo 11 Mei, hati hati dengan typo) dan pasukan Perlis masih lagi tercari cari rentak permainan apabila tewas di gelanggang sendiri kepada Pos Malaysia, 1-2.

    Pasukan Perlis yang tewas 5-1 kepada Sime Darby bermula baik dengan menjaringkan gol pendahuluan sebelum dikejutkan dua gol pelawat. Kekalahan ini mengekalkan kedudukan ketiga tercorot dalam liga.

    Keputusan perlawanan lain adalah seperti berikut.

    Sime Darby 2 – 3 Pahang
    Betaria 1 – 6 USM Staf
    MBJB FC 0 – 2 Johor
    Harimau Muda B 0 – 1 ATM
    PDRM 4 – 1 MP Muar
    Perlis 1 – 2 Pos Malaysia

    Perlawanan tunggal Liga Super antara Perak dan Selangor menyaksikan kemenangan berpihak kepada Perak, hasil sepakan percuma Michal Kubala yang mengelirukan pertahanan dan penjaga gol Selangor.

  • Tiket Final Piala FA Dijual Mulai 14 Mei

    Tiket Final Piala FA Dijual Mulai 14 Mei

    Menjelang perlawanan akhir Piala FA 2012 antara pasukan Kelantan dan Sime Darby FC pada 19 Mei nanti sememangnya dinantikan.

    Tiket untuk perlawanan akan mula dijual pada 14 Mei di stadium masing masing dan baki akan dijual di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil dimana venue berlangsungnya perlawanan terhebat ini.

    Harga tiket untuk dewasa ialah RM40 dan RM5 untuk kanak-kanak. Bagi yang tidak berkesempatan, siaran langsung akan dibawakan kepada anda oleh Astro Arena Saluran 801 bermula jam 8 malam.

    Dikhabarkan hampir 15 ribu penyokong Sime Darby akan memenuhi stadium dengan warna oren merah pada hari perlawanan, dan pasti warga The Red Worriors tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan pasukan mereka merangkul Piala FA dengan rekabentuk baru; selepasd gagal pada tahun sebelumnya.