Author: Adam Roslan

  • Koleksi Skaf Ekslusif Hanya di Jiwa Scarves

    Koleksi Skaf Ekslusif Hanya di Jiwa Scarves

    20120620-040429.jpg

    Rakan seperjuangan, Zaifirra Fahanna hari ini melancarkan gedung dalam talian yang dikenali sebagai Jiwa Scarves. Mereka menjual pelbagai variasi tudung bidang berkualilti tinggi dengan rekaan yang menarik.

    Jangan sega silu untuk klik masuk dan like laman Facebook mereka di sini, dan anda boleh membuat pilihan tudung pada harga serendah RM25 sahaja.

  • Rahsia 5 Rasa Makanan Penyembuh Penyakit

    Rahsia 5 Rasa Makanan Penyembuh Penyakit

    Rasa yang didapati dalam makanan dan buah buahan sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri. Khasiat ini diperlukan oleh tubuh badan untuk menjadikan sistem pertahanan yang lebih kuat untuk melawan penyakit. Selain daripada itu, rasa yang terdiri daripada manis, masin, pahit, kelat, payau dan sebagainya boleh menyembuhkan penyakit.

    Manis, boleh memberi tenaga dan memudahkan pembuangan najis, masin menyegarkan badan dan mencuci saluran perkumuhan, kelat mengawal gula dan membnu kuman, pahit mengawal dan menstabilkan garam dalam badan, manakala pedas membakar dan mencairkan kotoran dalam badan.

    Kesemua rasa ini mudah didapati dalam makanan seharian seperti ulam ulaman dan herba.

    20120620-041658.jpg

  • Senarai Pemain Harimau Muda 2012

    Senarai Pemain Harimau Muda 2012

    Selepas menguji pemain skuad Bawah 22 Malaysia dalam beberapa siri persahabatan termasuk menentang Qatar semalam, Ong Kim Swee dilihat sudah mempunyai kata putus dalam memilih senarai akhir bagi skuad ini.

    Sebelum ini Ong Kim Swee dilaporkan mempunyai masalah untuk memilih pemain kerana setiap daripada mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri.

    Harimau Muda 2012

  • Nasi Kandar Zainol

    Nasi Kandar Zainol

    Definisi nasi kandar mungkin berbeza di seluruh Malaysia, walaupun umum tahu bahawa masakan ini berasal dari tanah besar India.

    Di Perlis, nasi kandar mungkin berwarna sedikit kekuningan dan di Pulau Pinang nasinya berwarna putih. Itu yang membezakan kesedapan makanan ini selain daripada lauk pauk yang berbeza.

    Di Petaling Jaya, ada sebuah gerai yang mempertaruhkan kesedapan Nasi Kandar Pulau Pinang untuk disajikan kepada seluruh rakyat PJ. Malahan ada yang sanggup datang beribu batu jauhnya demi merasai kesedapannya. Alternatif kepada nasi kandar mainstream seperti Nasi Kandar Pelita atau Nasi Kandar Hakim Seksyen 7 Shah Alam.

    Sekali makan, sama ada ayam kecik atau besar (suku ayam) bersama sayur taugeh begitu mengujakan. Tiga bintang diberikan untuk nasi panas bersama ayam goreng dan campuran kuah yang menambah kesedapan.

    Harga satu hidangan bermula RM5 bergantung kepada jenis lauk.

    Order Coway Petaling Jaya sekarang!

  • Tiket Jelajah Arsenal 2012 Mulai Dijual, RM58

    Arsenal Tour 2012

    Sempena Jelajah Arsenal 2012, satu perlawanan persahabatan akan di adakan pada 24 Julai 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL.

    Bagi peminat Arsenal, mereka boleh mendapatkan tiket melalui Ticketpro atau melalui stor Nike yang terpilih di seluruh Malaysia. Antara stor Nike yang mengambil bahagian ialah Nike KLCC, Nike Mid Valley, Nike Sunway Pyramid, Nike Queensbay Mall dan Nike 1 Utama. Harga bagi tiket ialah serendah RM58 hingga RM388.

    (more…)

  • Three Lions singkir Sweden

    Percaturan memasukkan Theo Walcott menjadi titik tolak kemenangan England apabila menjaringkan gol selepas tiga minit selepas dimasukkan selain menjadi penggerak kepada gol kemenangan yang disudahkan Danny Welbeck.

    England menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 1-0 menerusi tandukan deras Andy Carroll pada minit ke-23 tetapi Sweden bangkit untuk menyamakan kedudukan hasil daripada kesilapan Glen Johnson yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-49 ketika cuba mengeluarkan sepakan Olof Mellberg.

    10 minit selepas itu, pintu gol England bocor lagi daripada situasi bola mati dan kali ini lonjakan Melberg memastikan jaring England bergegar.

    Roy Hodgson menukar percaturannya dengan membawa masuk Walcott bagi menggantikan James Milner pada minit ke-61 sehingga mengubah suasana perlawanan dan dia membuktikannya kehadirannya dengan gol dari luar kotak penalti.

    Kelincahannya di sayap kanan sering memerangkap pertahanan dengan kelincahannya dan dengan kelebihan itu dia menyusup ke kotak penalti yang membawa kepada gol kemenangan England.