Author: Adam Roslan

  • (GAMBAR) Lotus Youngman T5, SUV Pertama Proton

    (GAMBAR) Lotus Youngman T5, SUV Pertama Proton

    20120628-133244.jpg

    Dalam pameran Auto China 2012 baru baru ini, Lotus dengan kerjasama China Youngman Automobile Group telah menghasilkan Lotus Youngman T5 yang digembar gemburkan sebagai model SUV pertama Proton.

    Menurut laporan Paul Tan, SUV yang akan berada di pasaran China menjelang hujung tahun ini menggunakan enjin Campro CPS dan CFE.

    Jika benar model ini masuk ke pasaran Malaysia dengan menggunakan nama Proton, sudah pasti suatu kejutan kepada rakyat Malaysia.

  • Lajunya Maxis

    Lajunya Maxis

    20120628-003357.jpg

    Cakap banyak tak guna, biar gambar bercerita. Tapi saya yakin benda ni semua hanya kegembiraan sementara.

  • Bacaan Zikir Harian

    Bacaan Zikir Harian

    20120620-125650.jpg

    Mudah-mudahan urusan tiap hari saya dan anda dipermudahkan.

  • Rectifier Rosak Punca Mentol Terbakar

    Rectifier Rosak Punca Mentol Terbakar

    Untuk rekod, sebiji rectifier untuk motorsikal Honda EX5 ialah RM45 bersama dua mentol Stanley, RM6.

    Akhirnya selesai masalah lampu terbakar.

  • Lions Benam Terengganu, Kelantan Hampiri Persada

    Sepanjang 90 minit perlawanan agak membosankan dengan beberapa serangan yang dilakukan oleh kedua dua pasukan. Namun, Lions XII berjaya mencuri 3 mata daripada Terengganu selepas Sufian Anuar menjaringkan gol pada minit minit akhir perlawanan melalui gerakan cantik dari kanan padang.

    Kelantan ketinggalan 6 mata di belakang Lions XII berjaya merapatkan jurang selepas menewaskan Kuala Lumpur di tempat sendiri, 1-0 hasil jarimgam Mohamad Ghaddar Mohamed pada minit ke-60 menerusi sepakan penalti.

    Arena.my melaporkan Selangor mencatat kemenangan besar apabila mengalahkan T-Team 5-0 di Stadium Shah Alam. Gol Selangor hadir seawal minit kelima hasil jaringan penalti yang dijaringkan oleh Mohd Safiq Rahim sebelum pemain import Selangor, Ramez Jamal Dayoub menggandakan jaringan pada minit ke-45.

    (more…)