Keputusan Peperiksaan Semester 2 2011/2012 bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda, Masters dan PhD Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan diumumkan mulai tengah malam ini sehingga pagi esok secara berperingkat melalui emel. Pelajar boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui Student Portal pada 3 hari bulan Ogos.
Author: Adam Roslan
-

Keputusan Undian Piala Malaysia 2012
Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan bakal berdepan tugas berat untuk mencari kejuaraan Piala Malaysia musim ini apabila diundi dalam kumpulan maut.
Pada majlis undian yang berlangsung di sini petang ini, skuad bimbingan Bojan Hodak itu diundi dalam Kumpulan B yang turut mengandungi musuh tradisi yang juga pasukan jiran pantai timur, Terengganu, selain juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Mala ysia (ATM) dan bekas juara, Kedah.
Berikut adalah undian saingan bola sepak Piala Malaysia musim 2012:
Kumpulan A: Lions XII, PKNS, Johor FC, Johor
Kumpulan B: Kelantan, Terengganu, Kedah, ATM
Kumpulan C: Perak, N. Sembilan, Felda United, Sime Darby
Kumpulan D: Selangor, T-Team, Sarawak, Pahang
-
SPRM tahan Inspektor, Lans Koperal siasat minta rasuah RM3,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota polis berpangkat Inspektor dan Lans Koperal bagi siasatan kes meminta rasuah berjumlah RM3,000 daripada seorang ahli perniagaan di sini.
Sumber SPRM berkata, wang itu kononnya sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas ahli perniagaan itu berhubung kes penyelewengan diesel. Suspek, masing-masing berumur 30 dan 31 tahun yang bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri ditahan pada jam 9.40 malam semalam di sebuah hotel di sini, katanya kepada di sini, hari ini.
“Sekarang kedua-dua suspek ditahan reman,” katanya.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu hari atau maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Sumber: SPRM tahan Inspektor, Lans Koperal siasat minta rasuah RM3,000
-
Panasonic lancar Pusat Inovasi Pengurusan Tenaga RM4 juta
Panasonic Malaysia Sdn Bhd melabur sejumlah RM4 juta untuk menubuhkan ‘Panasonic Econation Centre’, sebuah pusat pameran bagi inovasi pengurusan tenaga berasaskan teknologi.
Pengarah Urusannya, Jeff Lee Wee Leong, berkata pusat itu bertujuan mendidik penduduk Malaysia tentang teknologi hijau terbaru dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap gaya hidup lestari.
Beliau berkata pusat itu akan membantu syarikat itu mempercepat perhatian perniagaannya, bukan sahaja terhadap segmen perniagaan ke pengguna, malah juga memperluas segmen perniagaan ke perniagaan dan perniagaan ke kerajaan.
“Pusat itu juga akan bertindak sebagai tempat lawatan dan acara yang berkesan bagi pelawat perdagangan yang terdiri daripada pemaju, kontraktor, agensi kerajaan, wakil jualan Panasonic dan individu untuk berusaha ke arah pewujudan negara mesra alam,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran itu hari ini.
Pusat yang boleh mengurangkan hingga setan metrik pelepasan karbon dioksid dan menjimatkan tenaga elektrik sebanyak kira-kira RM10,000 setahun itu, berhasrat menarik 1,200 pelawat perdagangan dan 1,700 pelawat awam saban tahun, katanya.
Beliau berkata selain direka untuk menjana tenaga melalui modul suria, pusat itu juga dilengkapi dengan kolam tadahan air hujan.
Lee berkata pusat itu akan dirasmikan pada 6 Ogos. Ia dibuka pada Isnin hingga Khamis bagi pelawat perdagangan dan Jumaat hingga Sabtu bagi orang awam, tanpa bayaran masuk dikenakan.
“Untuk meningkatkan kempen mengenai inisiatif hijau dalam kalangan pengguna, anak syarikat Panasonic Group, Panahome, akan melancarkan satu unit rumah hijaunya di Bangsar menjelang akhir tahun ini.“Ini bertujuan membuktikan konsep itu kepada pemilik-pemilik kepentingan seperti pemaju dan majlis bandaran. Membina rumah itu mengambil masa hanya 49 hari,” katanya.
Mengenai perniagaan perkilangan surianya, Ketua Jabatan Penyelesaian Eko, Tan Chee Hon, berkata bilangan pemohon sungguh menakjubkan setakat ini dan langkah memperkenal sistem suria oleh Panasonic ini memang kena pada masanya.
“Sebagai batu loncatan, kami memperkenal empat sistem kilowat-puncak (kWp) bagi isi rumah biasa, yang, jika beberapa tahun lalu, berharga RM80,000 hingga RM100,000, tetapi kini ia boleh ditawarkan pada RM60,000.
“Kami sedang memasang semua kelengkapan di kilang itu, jadi kami boleh memulakan pengeluaran awal tahun depan,” katanya. – BERNAMA
Via: Panasonic lancar Pusat Inovasi Pengurusan Tenaga RM4 juta
-
CUEPACS cadang imbuhan tetap perumahan diselaras
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.
Timbalan Presiden Cuepacs, Aziz Muda, berkata cadangan berkenaan antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.
“Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana dengan lonjakan harga rumah, dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.
“Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara komprehensif,” katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.
Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.
Beliau berkata semua cadangan itu diharap dapat dilaksanakan tahun depan.
“Kita juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada gred 17 kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Jan 2012,” katanya.
Aziz berkata selain 23 syor itu, Cuepacs turut membentangkan 23 isu penjawat awam pada masa ini serta 24 cadangan penambahbaikan untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam.
Katanya Cuepacs komited mengubah persepsi rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam demi kepuasan rakyat.
“Kami komited untuk memberi jaminan kepada kerajaan bahawa Cuepacs menyokong penuh supaya perubahan drastik dibuat untuk memperbaiki sistem penyampaian yang ada sekarang ini,” katanya. – BERNAMA
Sumber: CUEPACS cadang imbuhan tetap perumahan diselaras




